Wednesday, February 25, 2009

Meeting...

Kalau meeting kat ruang ni kira santailah, jika meeting yang formal biasanya diadakan di bilik meeting kat tingkat atas. Papa mengepalai meeting kali ni, aku buat mukadimahnya saja. Yang join meeting ni aku, Papa, D.J, Paul, Saida dan Alud.


Serius nampak!!! Ni masa dengar penerangan Papa mengenai agenda yang sedang dibincangkan.....


Kalau meeting macam ni la, setiap orang kena bagi pendapat/idea/laporan mengikut pengkhususan bidang kerja masing-masing.....

24 Feb-Aduhai..payahnya Nabil nak ke sekolah. Aku perasan, Nabil tidur lewat malam tadi.Inilah sindrom yang payah nak jauhkan daripada Nabil, dia memang suka tidur lewat. Suka ke tidak ke atau memang dah semulajadi dia tidur lewat, itu aku tak pasti tapi yang hairannya waktu siang, dia langsung tak tidur. Kalau seisi rumah dah masuk bilik dan tidur sekalipun, Nabil masih tak tidur. Biasanya aku akan jenguk diam-diam ke bilik Nabil, tengok gelagatnya...macam2 dia buat, maknanya dia memang payah nak tidur.

Sejak buka sekolah ni, maid aku biarkan Put'a dan Nabil tidur depan tv kat tingkat bawah. Aku nak halang pun malaslah mungkin senang dia nak kejutkan budak-budak tu nanti. Aku lebih suka anak2 aku berdisiplin dan tidur dalam bilik saja, tapi nak buat macamana kan......

Hari ni masak serba ringkas saja, kemudian ke opis. Aku dah pesan kat D.J semalam supaya dia siapkan cd-cd untuk dihantar ke pejabat Rabbani. Cd ni untuk keperluan persembahan Sinar Maulidur Rasul nanti. Aku cuma bimbangkan tentang minus one untuk lagu duet boss dan Rabbani. Lagu ni memang tak ada minus one, kalau nak aku kena hubungi pihak yang nun jauh di seberang. Tapi tak tentu boleh guna minus one tu untuk show bersama Rabbani nanti.....pening ni.....

Jam 2pm warga SNP ada meeting. Agenda terpenting dibincangkan iaitu perancangan projek besar boss. Biasalah kalau dalam pembentangan, tentu ada pro dan kontra dan tak kurang juga cadangan, pembaikan kertas kerja dan lain-lain. Ini proses biasa sebuah musyawarah. Apa yang merisaukan adalah soal masa....kalau projek ni jadi pada tarikh yang ditetapkan, agak suntuk nak buat segala perancangan. Jika ada tarikh lain yang berdekatan dan ada kekosongan mungkin lebih baik. Tengoklah nanti, semuanya masih dalam proses perbincangan.

Habis saja meeting, aku dan Papa singgah di kedai runcit. Aku beli barangan sikit saja dan Papa pula beli umpan ikan untuk memancing malam nanti. Sampai ke rumah, jenguk rumah sebelah. D.J kata ada sesuatu yang aneh muncul dari atas bumbung dan terkeluar sedikit dari plaster siling tersebut. Takkan alien kot??? Heheheheh...

Setelah dikenalpasti dan Papa memberanikan diri memanjat ke arah siling dan mengambil benda alah itu....ohh...rupanya filter air yang jatuh. Berat mak alah benda tu sebenarnya..patutlah sampai pecah siling tu. Nasib baiklah dalam kejadian tu semua orang tak ada kat rumah, masa tu semua orang kat KL kecil.

Macam biasa, Papa sudah berjanji dengan kawan-kawannya untuk pergi memancing. Sebelum tu aku sempat masakkan Papa nasi goreng dengan sup cendawan. Tengok...malam pun makan benda berat, macamanalah badan tak naik. Heheheheh....aku dengan rasminya telah turun 2kg dari berat badan asal. Perkembangan yang baik untuk didengar...






3 comments:

tuan punya hati said...

akak.. camner boleh turun 2kg tu.. diet ke... atau takde selera makan cm boss akak...
kesihatan kena jaga tau..

Sangdewi said...

Salam...

Memang nak turun berat badan sikit..rasa macam tak best dah ni...banyak seluar/baju tak muat....lagipun tak ideal kot berat badan sekarang ni..dah turun 2kg ni oklah......

tuanpunya hati said...

cayalah kat akak.. anak 3 tp maintain...mcm anak dara...