Monday, September 28, 2009

Aidilfitri 2009

20 Sept-Bangun awal pagi dan membantu kerja-kerja di dapur. Sediaka kurma ayam dan hidangan sarapan pagi. Kejutkan Papa dan anak-anak supaya semuanya dapat bersia-siapebih awal. Kaum lelaki ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya, Ibu mertuaku juga turut ke masjid.

Sementara menunggu mak dan yang lain2 balik dari masjid, aku membantu menyiapkan apa yang patut di rumah. Kerja yang paling aku suka buat ialah mengisi kuih muih dalam bekas untuk dihidangkan. Ini memang kerja rutin aku dari zaman kanak-kanak lagi sampailah sekarang aku suka melakukannya. Bila urusan kerja dapur dah selesai, barulah aku pula bersiap-siap dengan baju raya.

Warna tema raya kali ini untuk keluarga aku ialah kuning cair, ala-ala sedondon. Bila semuanya dah ada di rumah, kami bersalam-salaman, bermaaf-maafan dan bergambar kenangan anak beranak.

Memang terasa sangat bila arwah abah tak ada pada hari raya kali ini. Hanya mak yang duduk di sofa untuk kami bersalaman dengan beliau. Pagi raya ni hanya keluarga aku, keluarga Saida, Ali dan Sairah saja yang ada. Abang Lizan dan Boss akan sampai ke KL kecil petang nanti.

Jam 1030am, Boss sms dan telefon dari KLIA. Katanya baru tiba di tanahair. Tengahari nanti beliau dan suami akan bertolak balik ke sini.

Selepas semuanya bersalaman, kami meninggalkan rumah dan menziarahi pusara arwah abah, arwah aki/wan tua dan juga arwah Saiful Suhairi (arwah adik Papa yang meninggalkan dunia sewaktu kecil).

Selepas itu kami beramai-ramai pergi ke rumah wan. Bersalaman dengan sanak saudara yang berada di rumah wan, menjamu selera dan tak melepaskan peluang bergambar kenangan juga.

Kemudian kami konvoi ke rumah saudara mak pula, sebelum aku minta diri untuk pulang sebentar ke rumah keluarga aku. Dalam perjalanan, aku sempat menelefon abangku, Bob, supaya menemani kami menziarahi pusara arwah ayah dan arwah abangku.

Turut serta bersama abangku, Bob ialah abangku, Nor, kakak iparku, Kak Bibah dan anak saudaraku, Khariri. Selepas itu barulah aku ke rumah keluargaku.

Hampir 2 jam di sini, barulah aku kembali ke rumah ibu mertuaku. Sampai di rumah, abang Lizan sudahpun tiba dari Kuantan, tak lama selepas itu, Boss dan suami pula sampai.

Semakin ramai orang yang datang ke rumah, macam tahu saja Boss baru sampai. Saudara mara juga datang hingga ke malam hari. Selepas itu barulah kami berehat. Alhamdulillah, 1 Syawal yang sederhana tapi membahagiakan.

21 Sept-Sejak pagi, rumah ibu mertuaku sudah dikunjungi tetamu. Bukan sahaja saudara mara tetapi para peminat juga datang beraya. Hari ini Boss dan suami akan pulang semula ke KL besar kerana mereka akan beraya di Kedah pula.

Sebelum pulang, Boss singgah di rumah wan terlebih dahulu. Aku, Papa, abang Lizan & anak2 dan mak ikut sama. Selepas makan, Boss berangkat pulang. Aku juga akan pulang ke rumah keluargaku petang ini. Selepas semua barang2 siap dikemas, kami bertolak pulang. Mak, abang Lizan dan Ali ikut sama kerana sebelum beraya di rumah keluargaku, kami singgah di rumah seorang kenalan terlebih dahulu.

Sampai di rumah keluargaku, kami menjamu mak dan yang lain2nya dengan hidangan mee kari. Selepas Maghrib, mereka pulang semula ke rumah. Malam ini ada kenduri dan jamuan hari raya di rumah kakakku. Memang aku bercadang hendak pergi kerana menurut sumbernya, majlis malam ini hanya untuk keluarga sahaja.

Apabila kami sampai di laman rumahnya, beratur kereta di pinggiran jalan. Hampir separuh rumah penuh dengan orang kampung. Huh! Ramainya. Ingatkan kami sahaja. Tapi aku tetap hadirkan diri dengan Papa dan anak2 serta adik beradikku yang lain.

22 Sept-Hari raya ketiga. Aku hanya menghabiskan sisa-sisa hari di rumah keluargaku dengan berborak, melayan karenah anak saudara dan juga tetamu-tetamu yang datang. Sekitar jam 4pm, kami anak beranak bertolak pulang ke KL besar.

Sampai di rumah, oh, bahagia rasanya. Apa yang perlu aku lakukan hanya mengemas, mengemas dan mengemas.

23 Sept-Sejak awal pagi, segala aktiviti menyiapkan apa yang patut di rumah sudah dijalankan. Tukang mesin rumput pun datang sama hari ni. Aku memang tak suka buat kerja satu-satu, kalau boleh biarlah semua benda berlaku dalam satu masa. Tak perlu bertangguh2 apa lagi dan yang paling menyeronokkan semua benda pun boleh siap pada hari yang sama. Kan bagus macam tu!

Malam ni, Papa, Mak dan Ali bertolak ke Matang, Perak, kampung sebelah arwah abah. Mak mahu bertemu saudara mara abah di sana. Sudahnya aku di rumah melayan facebook, memang bosan sangat.


Bergambar sekeluarga di pagi raya


Papa bersalaman dengan mak


Bersalaman dengan Papa


Pagi raya di pusara arwah abah (sorry gambar terlalu cerah)


Damia berbaju kurung


Di pusara arwah ayah dan awah abangku

Boss pada hari raya ke 2


Boss & suami, aku & Papa


Kenangan sekeluarga sblm Boss balik ke KL


Di depan rumah wan


Papa, abang Lizan, Adam, Kak Isma dan sewaktu di rumah wan


Gaya ala ballerina Damia

5 comments:

arieda salsabella said...

aidilfitri yang sederhana tp membahagiakan..suka ayat tu..
apapun tq atas layanan sepanjang kami datang beraya tempohari..sedap mee goreng n mee kari tu..oppss..heheh..

idasm said...

seronok baca kisah syawal kak zyee. seronoknya peminat2 yg berpeluang beraya bersama.
seronok kak zyee bila kembali ke rumah sendiri yea. begitulah selalunya kan.. mcmn pun mesti negeri sendiri juga yg jadi pilihan...
bestnyer... masak lemang ramai2.. terasa bahang raya kan. kat dungun.. tak pernah nampak org bakar lemang sendiri.. tak bestkan!

Anonymous said...

ermm...bestnye beraya bersana sanak sedara, sahabat handai...kenalan rapat...hehe...:-)

Anonymous said...

ermm...bestnye beraya bersana sanak sedara, sahabat handai...kenalan rapat...hehe...:-)

eni said...

salam..terlambat nak komen utk entri raya...hehe..suka tengok gambar2 raya dkt blog rozi ini...ekslusif..takkan ada dlm mana2 media lain ni...
baru jumpa blog ni...salam kenal...bakal jadi pengikut setia...(^_^)