Monday, September 7, 2009

Hari pertama puasa

22 Ogos-Hari pertama berpuasa. Tidak banyak aktiviti hanya berehat di rumah sambil melayan anak-anak. Boss telefon ajak kami sekeluarga berbuka puasa di rumahnya. Memang agak janggal berbuka puasa pada hari pertama Ramadhan di rumah orang tapi aku tidak mampu menolak undangan Boss kerana ibu mertuaku aku ada di rumah Boss. Papa memang hendak berbuka puasa dengan ibunya.

Petangnya aku sekeluarga ke rumah Boss. Aku bawakkan lauk sardin masak lemak cili api yang Boss minta aku masak. Bukannya dia tak tahu nak buat tapi biasalahkan...hahahahha.

Penuh lauk terhidang masa berbuka puasa tapi kami bukanlah ramai sangat. Selepas berbuka kami berjemaah bersama2 hinggalah berterawih. Selesai semuanya, kami mohon diri untuk pulang, mak mertuaku pun ikut bersama.

Sampai di rumah macam biasa aku sediakan makanan untuk bersahur nanti sebelum tidur. Kemudian bangun jam 430am dan bersahur di rumah sebelah bersama2 mak mertuaku.

23 Ogos-Hari kedua puasa. Tengahari tu aku minta Papa hantar aku ke opis. Ada beberapa kerja yang harus disiapkan kerana esok aku harus menyiapkan segala dokumen untuk Tahajjud Cinta. Jam 5.30pm barulah Papa datang ambil aku. Sampai di rumah aku terus memasak untuk berbuka puasa.

Malam ini kami semua makan di rumah sebelah (lazimnya kalau ada mertua,memang akan makan di rumah sbelah). Aku bawa lauk pauk yang aku masak ke rumah sebelah, campur lagi lauk pauk yang mak mertua aku masak.

Malam ini aku berterawih di rumah sahaja. Tak larat nak ke surau/masjid.

24 Ogos- Ke opis macam biasa. Hari pertama bekerja dalam bulan puasa. SNP biasanya habis waktu pejabat jam 530pm dan sepanjang bulan puasa kami balik awal iaitu jam 5pm.

Balik je dari pejabat, macam biasa aku memasak untuk hidangan berbuka. Kemudian berbuka puasa bersama2 mak mertua.

25 Ogos-Pagi ke rumah Boss dengan A.Z. Hari ini Boss ada sidang media mengenai saluran SITI Astro yang menayangkan konsert SATU sempena hari kemerdekaan nanti. Selepas selesai di Astro, Boss minta kami menghantarnya ke TV3 kerana beliau dan suami ada urusan di sana. Sampai di TV3, aku tidak terus balik tapi menunggu artwork Tahajjud Cinta terlebih dahulu. Hari ini kena putuskan semuanya agar kulit album boleh dicetak. Bila artwork sampai, aku minta dihantar terus ke Boss yang sedang menghadiri mesyuarat di tv3. Aku minta Boss bagi maklumbalas secepat mungkin.

Aku dan A.Z kemudiannya ke rumah Boss untuk menghantar kereta. Jam dan hujan. Sampai di rumah jam 630pm.Nasib baik masih sempat memasak untuk berbuka.

Mak mertua dah balik ke KL kecil hari ini. Dan kami berbuka puasa di rumah macam biasa. Sepanjang bulan puasa ini nampaknya aktiviti aku ke gim terpaksalah diberhentikan tapi yuran tetap berjalan.

26 Ogos-Ke opis. Jam 430pm, ke rumah Boss bersama D.J dan A.Z. Hari ini Boss akan hadiri majlis berbuka puasa sempena Mega Screening Astro. Bila aku tanya wakil penganjur tentang majlis hari ini, katanya dibuat di taman tanpa khemah. Aku terkejut dan beritahu minta sediakan khemah kerana setiap petang biasanya hujan.

Dalam perjalanan kami ke tempat majlis diadakan, memang hujan amat lebat dan kami pun sampai agak lewat. Seperti yang dijangka, memang semua orang berkumpul di rumah yang terdapat di tepi taman itu. Acara jadi kelam kabut kerana semuanya bertukar. Hujan tidak juga berhenti.

Berbuka puasa ala kadar saja untuk alas perut kerana keadaan ketika itu amat tidak selesa. Malam ini Boss berduet dengan Faizal Tahir lagu raya Cahaya Aidilfitri secara akustik dengan diiringi gitaris dan juga Faizal sendiri. Memang tidak ada latihan, semuanya spontan semasa di majlis itu. Kemudian Boss sampaikan lagu terbarunya, Ku Percaya Ada Cinta.

Selesai majlis, kami berangkat pulang.

Sesuatu telah bertukar tangan. Harap gembira dengan pemberian itu.



Sebelum berangkat ke Astro Mega Screening.

Kenangan dengan Lisa Surihani dan Boss di majlis Astro Mega Screening.




Boss dan Faizal Tahir berduet lagu Cahaya Aidilfitri.

3 comments:

Anonymous said...

kak rozi..
takde ke video time DCT duet dgn FT lagu raya ni.... nak dgr la!

Upload la kat sini...

~znea~

Anonymous said...

hehee..kesian KZ ek...ujan lebat...nak buat camne musim ujan skang nih...huhu...zamrie79

Anonymous said...

dekat youtube dah ade lah znea..
cybe nengok... huhu