Thursday, September 17, 2009

Hari2 biasa yang sibuk

7 & 8 September- Dua hari yang amat sibuk. Mana tidaknya, SRC baru sahaja memberikan kata putus bahawa album Tahajjud Cinta akan dapat dipasarkan pada 9 September. Aku yang merancang awal mengadakan majlis berbuka puasa dan pelancaran album Tahajjud Cinta terpaksa membekukan perancangan dan tempahan hotel kerana tidak pasti apakah 11 September, majlis tersebut boleh diadakan.

Hanya 2 tarikh saja yang Boss ok, sama ada 10hb atau 11hb. Boss akan balik dari Melbourne 9 September dan dua hari selepasnya saja yang Boss ada masa. Aku lebih suka mengadakannya pada 11 September, tapi banyak sangat majlis di KL pada hari itu. Kalau 10hb pula terasa sangat terkejar2. Fikir2 kena cari tempat dulu barulah putuskan tarikh.

Lega mendapat kata putus dari SRC, hotel pula penuh pada 11hb kerana aku tidak memberikan tarikh yang sebenar kepada pihak pengurusan hotel. Ada 2-3 tempat yang ada dalam kepala aku, semuanya telah aku hubungi tapi rata-rata mengatakan 11hb tempat/hotel mereka sudah penuh dengan tempahan.

Aku mencari-cari lagi lokasi hingga ke malam hari. Melayari internet untuk melihat buffet Ramadhan yang disediakan dan tentunya soal harga kerana jemputan kami akan menjangkan 280-300 orang. Ini adalah angka lazim setiap kali kami mengadakan majlis.

Akhirnya aku terpaksa mengadakan majlis tersebut pada 10hb kerana ada satu tempat yang belum dirasmikan dikatakan sesuai. Aku bergegas ke tempat berkenaan walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10pm.

Alhamdulillah tempat baru yang agak sesuai, lapang, cantik tapi letaknya di tengah bandar. Apakah akan memudahkan tetamu yang datang??? Aku tidak ada pilihan dan tempat itu aku tempah untuk majlis 10hb nanti.

Lega soal tempat, barulah aku menghantar undangan kepada pihak media dan tetamu. Hantar undangan menerusi sms terlebih dahulu hingga jam 4am. Huh!

Esoknya bila sampai di opis, barulah aku menyiapkan surat undangan dan di faks serta di emelkan kepada jemputan. Memang tak menang tangan sungguh rasanya.

Artis2 juga akan membuat persiapan, Saida dan Sairah menyanyikan lagu raya bersama Boss dan Coda akan bermain muzik akustik. Semuanya harus diaturkan dengan baik.

9 Sept-Hari ini datang opis awal, siapkan persediaan untuk majlis esok. Siapkan kenyataan akhbar, siapkan cd2 gambar Tahajjud Cinta untuk semua media, masukkan semuanya dalam sampul. Banyaklah kerjanya. Semua orang dalam opis bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja ni.

Oh!Ya, hari ni 090909.....cantik sgt angka ni. Moga hari yang dilalui juga secantik angka ini.

1 comment:

arieda salsabella said...

fuh..padat gler jadual,dahlah last minute..salute la kz boleh handle semua tu dengan sebaiknya...ct beruntung mempunyai PA yang cekap mcm kz ni..heheh..