Monday, September 7, 2009

Balik kampung

27 Ogos-Rutin biasa, ke opis, balik dan memasak. Puasa kali ni aku memang tak ke surau/masjid lagi untuk berterawih dan hanya dibuat di rumah. Entah mengapa, memang tak larat nak keluar rumah lepas berbuka.

28 Ogos-Pagi2 lagi sudah ke rumah Boss, hari ni Boss akan menjalani sebuah lagi video klip untuk program Irama Syawal terbitan SNP yang akan ditayangkan di saluran Muzik Aktif hari raya nanti. Pengacara rancangan ini, Erry Putra juga hadir di lokasi untuk menyambung penggambarannya.

Penggambaran habis agak lewat tapi sempat juga aku hantar Boss pulang dan berkejar ke balik. Aku singgah di restoran aku, ambil lauk pauk sebab tak sempat nak masak hari ni.

29 Ogos-Jam 11am, aku sekeluarga pulang ke KL kecil. Hari ni balik ke rumah keluarga aku dahulu kerana Put' a ada di kampung. Sebelum ni Put'a ikut mak mertua aku balik ke KL kecil dan malam tadi Put'a bermalam pula di rumah keluarga aku.

Petang tu, aku, Papa dan anak-anak sempat ke pasar malam di Benta, beli kuih muih. Dapat jugaklah berjumpa dengan orang2 yang dah lama aku tak bertemu.

Meriah berbuka puasa hari ini, mak mertua aku dan Ali juga datan berbuka puasa bersama di rumah aku.

30 Ogos-Hajatnya pagi ini aku nak ikut kakak aku ke pekan sehari Benta tapi tiba-tiba rasa malas dan nak sambung tidur. Jam 2pm, aku sekeluarga pulang ke rumah mak mertua aku pula.

Petang tolong mak mertua aku di dapur. Bila aku dah siapkan dua jenis lauk, aku dan Papa ke pasar malam KL kecil pula. Sedang membeli belah, hari jadi bertambah gelap, macam nak hujan lebat. Akhirnya memang hujan selebat2nya. Aku dan Papa basah kuyup menuju ke kereta.

Sampai di rumah, aku terus mandi. Kalau tak mandi, pasti aku migrain nanti. Aku orang pertama yang siap berbuka awal.Terus sembahyang Maghrib sebab aku nak saksikan saluran SITI di Astro an menonton konsert SATU. Aku nak rasa perasaan yang sama dengan semua penonton yang menonton konsert itu di tv.

Sepanjang 2 jam setengah, kami yang berada di rumah mak mertua aku melayan konsert SATU seterusnya konsert Kemuncak Fantasia Tour 2004. Tidur lewat, biasalah berborak2 dengan mak mertua. Akhirnya aku terlena juga.

31 Ogos- Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 52 tahun. Selepas sahur pagi ini, aku dan Papa tak tidur, sebelum Subuh berborak2 dulu dengan mak mertua aku. Sembahyang Subuh dan kemudian kejutkan anak2 untuk balik ke KL besar.

Singgah di rumah keluarga aku dalam perjalanan pulang, ambil barang2 untuk dibawa ke restoran aku. Best sangat bertolak pagi, cuaca sejuk dan sebelum 830am, kami dah sampai di rumah.

Jam 10am, aku ke Mid Valley, beli baju raya anak-anak. Lega rasanya bila dah beli untuk mereka. Aku berjalan seorang sja, senang, takde gangguan untuk membeli belah.

Petang memasak untuk berbuka puasa.


Boss dan Erry Putra selepas shooting video klip Tahajjud Cinta untuk Muzik Aktif.

1 comment:

Anonymous said...

yup...ku juga menonton konsert SATU...yg memberi kenangan...hehe :-) zamrie79