24/25 Sept-Sejak balik ke KL, aktiviti hanya tertumpu di rumah sahaja. Papa ke Perak, jadinya tanggungjawab menjaga keluarga tergalas di bahuku. Damia makin hari makin suka merengek, ada saja yang tak kena.
Amat `moody' adakalanya dan yang pasti dia memang tak lepas peluang duduk berbaring di katil denganku. Channel 188 Astro, SITI, memang paling digemarinya. Kalau sejam dia dalam bilik aku, selama sejam itulah aku tak boleh tukar channel. Kalau tukar akan mengamuklah Damia.
Sambil menonton, dia akan turut menyanyi dan berjoget2 depan tv. Ada saja gayanya. Selebihnya aku suka memerap dalam bilik, buat aktiviti aku sendiri. Dua hari ni lebih banyak berfikir dan memikir. Aku ada rancangan untuk satu acara anjuran SNP tetapi bukan untuk artis di bawah naungan SNP. InsyaAllah doakanlah agar ianya berjaya dilaksanakan.
Aku juga sedang berurusan untuk hal-hal mengenai penerbitan album duet Boss dan KD. Memang agak terkejut mendengarkan berita KD tetapi jodoh, maut semuanya kerja Tuhan. Aku tidak boleh menghukum sesiapa. Sedangkan KD juga perlukan ruang dan orang yang dia boleh berbicara. Alhamdulillah, dia juga sering menghubungi terutama dalam hal2 kerja penerbitan album.
Bagi aku setiap orang ada dugaannya dan rezekinya juga. Kita tidak tahu hal2 seperti itu akan terjadi pada kita suatu hari nanti. Setiap orang mungkin ada pandangan tetapi kita harus hormati satu perkara, semua orang berbuat silap dan semua orang juga sering dipandang silap. Siapa kita untuk menentukan salah benarnya....mmmm......entahlah.
Papa di Perak 3 hari. Jumaat baru Papa balik. Aku yang kebosanan terfikir untuk mengadakan jamuan kecil di rumah pada hari Sabtu. Hanya untuk kenalan2 sahaja. Mana mungkin mahu mengundang semuanya, apa yang aku lakukan cuma majlis kecil, makan2 saja. Tak mudah juga mahu memuaskan hati semua orang. Tapi aku juga orang biasa, punya ruang untuk bersama teman dalam suasana yang mungkin santai2 saja dan dihadiri beberapa kerat orang saja.
Papa bersetuju aku adakan majlis itu. Jumaat malam aku membeli barang2 keperluan untuk memasak bermula pagi esoknya.
Sabtu, sejak pagi aku sudah ke dapur. Menyiapkan hidangan untuk tetamu hari ini. Gulai kawah daging/tulang, ayam masak tiram, acar, laksa penang, agar2 kelapa dan nasi minyak. Semuanya selesai pada jam 230pm.
Selebihnya mengatur hidangan di meja, siapkan minuman, kuih dan buah2an. Asalnya majlis ini tidak dihadiri Boss kerana majlis ini hanya untuk teman2. Aku juga segan mahu mempelawa Boss maklumlah majlis ringkas sahaja. Boss menelefon dan memberitahu dia dan suami akan hadir, tidak mengapalah. Lagipun memang sejak mula raya Boss sudah berhasrat mahu datang ke rumahku katanya.
Jam 4pm, kawan2 Put'a mula hadir. Kemudian teman2 yang lain tiba, selepas itu barulah Boss. Alhamdulillah, majlis sederhana ini bagi aku amat berseri dan bererti. Sebelah malamnya pula aku ke rumah teman yang tinggal berdekatan rumah. Segalanya serba lucu dan pastinya seronok.
24 comments:
fuyoo..banyaknya menu kz..heheh..pantas dan cekap tul kz memasak,kan...apapun satu kepuasan bila dapat menjamu org hasil air tangan kite sendiri,kan...
salam lebaran kak zyee,
ramainya sitizoners yg dapat jemputan kz.. bertuah diorang yea. ida tak tau pun. tp takpelah nak buat mcmn kan...
selamat hari raya..
salah dan silap harap dimaafi..
Terima kasih kz untuk bertambahnya lagi satu kenangan indah...
alhamdulillah dikurniakan ruang dan kesempatan untuk beraya bersama teman2 dengan penuh kemeriahan... Terima kasih yang teramat sangat!!..
Salam Kak Zyee...Terima kasih yg tk terhingga juga atas layanan terhadap kami semua...Gembira rase di hati apabila dapat berkumpul dgn teman2 yang lain...
Smoga KZ dimurahkan rezeki yaa..
;)
thanks arieda wpun ada yg tlbh cili dan garam.hahaha.x sangka ramai benar yg manja ni x mkn pedas.xbleh jd org pahanglah ni. Kak ida,udgn dibuat kwn so maaf sgt kalu x dijemput.sbg tuan rumah kz hanya mjamu dan ia hanya majlis kecil.so sorry.zaff n ctea thanks ya.tlbh tkurang harap maaf.
msg atas tu kz punya
Salam kzyee.. tima kasih byk2 ye.. nanti nak order laksa & agar2 kelapa.. emmmm.. bestnye.. :-)
nurul doakan agar rancangan kz untuk mengadakan 1 acara anjuran snp berjaya dilaksanakan...Amin.
Salam k.zyee..thanx tak terhingga buat kz atas layanan pada kami semua....
sumenye 1 kenangan yg cukup terindah di bulan syawal yg mulia.....
....ikhlas dr dot dot dot..hee.....
kak zyee... tima kasih sudi menjelaskan. yealah nak buat mcmn kan, kwn yg buat jemputan, mungkin nama ida x masuk dlm list dia, mungkin juga dia tahu ida bz. bukan salah kz pun. takpelah kak zyee, small matters aje...
take care... n smile always....
Kak Rozi, saya betul2 suka akan blog ini. Kz ada emel peribadi? Boleh bagi saya tak? Drpd, JADE, Sitizoner & Zyeezoner:)
Kak Rozi, kalau kz sudi beri emel peribadi kz kepada saya, kita boleh sembang2 'woman talk'.OK:)
Tu lah kan..nama takde dlm list kekawan...(kekawan manalah tu ek..)huhu..takpelah takde rezeki nak rasa air tangan Zie..
Wah...meriah ye...hehe...slmt hari raya KZ...tak sabar nak tunggu album duet boss KZ dgn KD plak lepas ni...hihi...
orang berbudi kita berbahasa
orang memberi kita merasa
pulau pandan jauh ketengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi baik di kenang juga
'nak fly rasanye.....hehe..'
*cteey yanT*
bestnye dpt mkn kat umh kz...exclusive 2..hehe..
ble la dpt jmpe kz lg...=)
camat ari raya kz...
bestnye dpt mkn kat umh kz...exclusive 2..hehe..
ble la dpt jmpe kz lg...=)
camat ari raya kz...
~roshidayu taufik~
Tgh buat rendang itik kat Melaka masa tuh... Klau x, sure dpt tngk org lompat pagar... ahaks.. hahaha
Kak Zyee, dah lama tak updatelah.
Ada problem dgn Sitizone.com ke?
From, Jade, Sitizoner.
salam kenal..macam dah lamer tak hupdate jerk..bizi ker..??
kiter xchange link bulehhh..??
slam pknalan dr kjauhan..tergoogle ke cni..wndering..spa la Boss yg akak ni mksdkan rpanya pnyanyi no1 kita...
slam pknalan dr kjauhan..tergoogle ke cni..wndering..spa la Boss yg akak ni mksdkan rpanya pnyanyi no1 kita...
Salam kak... nape lama x update??? Mesti sebab bz.. Nice to know u akak...
Salam kak... nape lama x update??? Mesti sebab bz.. Nice to know u akak...
Post a Comment