Monday, September 28, 2009

Ramadhan & Menjelang Syawal

Sebenarnya bila dah lama tak menulis dan mencatat sesuatu dalam diari harian dan diari kerja, banyak perkara yang lupa dan tertinggal. Sudahnya dirangkumkan saja dalam satu entri, lebih mudah dan diringkaskan segala cerita.

Sehari selepas pelancaran album Tahajjud Cinta, kami di SNP sibuk pula menyiapkan cd2 yang hendak dihantar ke semua stesen radio. Dimulakan dengan radio2 di Lembah Klang dan kemudiannya radio2 di luar Kuala Lumpur, Brunei dan Singapura juga.

Bukan satu dua stesen tapi menjangkau hampir 40 stesen, belum lagi dihantar ke pihak media/wartawan lagi. Kena buat satu2 ni.

Di samping itu, di opis juga ada staff yang bertungkus lumus membantu menguruskan penghantaran atau membalas kad raya. Ini rutin setiap tahun. Adakala tak sempat balas kad raya sebelum raya dan bersambung pula selepas raya nanti.

Hujung minggu pula aku gunakan waktu yang ada untuk melengkapkan persiapan raya. Bila keperluan anak2 dah selesai, barulah fikir untuk aku, Papa, maid dan ahli keluarga yang lain. Memang setiap kali nak raya, belilah banyak mana pun, mesti tak pernah cukup. Kena buat senarai siap2, bila dah sampai ke tempat nak membeli, ada sahaja yang tak kenanya.

Membeli belah ni memang sampai ke hari terakhir sebelum balik kampung. Ada2 saja benda yang tak cukup. Bukan satu dua shopping mall atau tempat jualan yang aku pergi, merata sebenarnya. Huh! Ngeri betul tengok dompet makin tipis tiap hari.

Boss juga berangkat ke umrah bersama suami seminggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Boss menitip khabar dari kota Madinah dan Kota Mekah menerusi facebook rasmi beliau, ada gambar2nya di sana dan juga enulis status terbaru selang beberapa hari dan waktu.

Buat diriku, ada satu hari yang menggembirakan tetapi bertukar menjadi satu hari yang menyedihkan. Kegembiraan yang dipinjamkan beberapa jam sahaja dan kemudian duka pula bertandang. Tapi Alhamdulillah, jalannya dimudahkan, segalanya lancar dan apa yang dibekalkan hanya doa selepas itu.

Aku amat mengambil berat tentang hal ini, aku berasa amat bertanggungjawab untuk membantu dan memberikan keceriaan walaupun tak diminta-minta. Tiap detik jarum jam, adalah doaku. InsyaAllah.

Semakin dekat menjelang Syawal, semakin banyak hal yang perlu dilakukan. Hal di opis mahupun hal2 lain. Kedatangan Syawal begitu menyentuh perasaan, amat2 menyentuh perasaan.

Aku pulang ke kampung Sabtu, sehari sebelum raya. Singgah di rumah keluargaku terlebih dahulu, menitipkan serba sedikit keperluan keluarga yang sempat kubeli. Kemudian terus ke rumah ibu mertuaku. Berbuka puasa di rumah wan, sudah ada ahli keluarga yang pulang.

Di rumah wan, kami memasak rendang dan lemang. Sejujurnya itulah pertama kali aku membantu menyediakan lemang. Selepas ini kalau diminta membuatnya sendiri, insyaAllah rasanya aku sudah boleh praktikkan pengalaman yang ada.

Selepas tengah malam di rumah wan, aku dan anak2 kembali ke rumah ibu mertuaku. Gosok baju raya siap2, esok senang tak perlu bersusah2 menggosok baju.

Oh!Ya, antara waktu mustajab berdoa adalah pada malam hari raya Aidilfitri, tentunya ada ruang untuk beribadah, menambah ibadah dan berdoa. Moga2 apa jua yang kudoakan dimakbulkan. InsyaAllah.

4 comments:

Anonymous said...

slmt hari raya aidilfitri...maaf zahir batin...ehehe...wah KZ blajar masak lemang ke...boleh la kita org nak rasa nanti ek...hehe...thanks kad raya drpd SNP...dpt gak balasannye...hihi :-)
zamrie79

arieda salsabella said...

heheh..xsempat nak tulis kat diari harian ye kz..biasalah..dhimpunkan menjadi satu..bila lak nak citer pasal meriahnya hari raya ni..xsabar nak baca ni...heheh..apapun seronok bila baca kz belajar buat lemang..mesti best kan...ida pun tau makan gak sebelum ni...hehe..lepas ni leh belajar ngan kz lakk..

若慕 said...

terima kasih kerana membalas kad hari raya kepada saya. KZ betul2 banyak kerja yg nak diuruskan. Tak pe, KZ, pada setiap hujung waktu cuti sekolah saya 'free', kalau KZ nak cari pekerja tanpa upahan bolehlah cari saya, saya sudi dan bersedia untuk membantu, hehe.... Oh, KZ belajar memasak lemang? Saya mahu cuba jgk kalau ada peluang. Jaga diri baik2 ye, KZ. Drpd JADE, Sitizoner & Zyeezoner.

Anonymous said...

'hehe...mmg kempis n semakin kempis tiap kali menyambut raya n menjelang raya..ada je brg nak bekikan kz...haha...samalah kita...tapi seronokkan beraya...'

cteey yant